Suami Disyaki Tetak Isteri Dan Anak Menggunakan Parang Ditahan Polis

30 Oct 2025 • 9:54 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun selepas dipercayai tetak isteri dan anak perempuannya menggunakan sebilah parang dalam kejadian di sebuah rumah di Permai Jaya, awal pagi Rabu.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, suspek berjaya diberkas pasukan petugas khas di kawasan Kanowit pada jam 4.15 petang hari sama.

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Suspek akan direman di Mahkamah Sibu pada 30 Oktober bagi membantu siasatan. Motif suspek tetak isteri dan anak masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut Zulkipli, polis menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan kecederaan serius terhadap dua beranak kira-kira jam 7 pagi melalui talian kecemasan MERS 999.

“Panggilan dibuat oleh salah seorang mangsa yang memaklumkan bahawa dia dan ibunya telah ditetak oleh ayahnya sendiri menggunakan parang,” ujarnya.

image is not available

Bertindak atas laporan itu, satu pasukan khas segera digerakkan bagi mengesan suspek sebelum berjaya menahannya di Kanowit.

Akibat kejadian tersebut, isteri suspek kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu, manakala anak perempuan berusia 20 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

image is not available

Foto: Sinar Harian