Suami Ditahan Pihak Polis Selepas Zahnita Wilson Kongsi Gambar Lebam Dipukul

LocalEntertainment
2 Dec 2024 • 11:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan penahanan suami kepada Zahnita Wilson, Abdul Zackery Ghouse, susulan dakwaan keganasan rumah tangga.

Namun, tiada butiran lanjut mengenai penahanan tersebut diberikan.

image is not available

Pelakon Gila-Gila Pengantin Remaja itu mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar wajahnya yang lebam, dipercayai akibat dipukul.

Zahnita juga mengakui bahawa ini bukan kali pertama dia menjadi mangsa keganasan sepanjang perkahwinannya.

Saya kini menunggu kehadiran peguam dari Kuala Lumpur untuk berbincang tindakan seterusnya.- Kata Zahnita.

Dia turut mendakwa keganasan itu berpunca daripada kehadiran orang ketiga dalam hidup suaminya.

Kes ini kini menjadi perhatian ramai, dengan ramai yang mendoakan Zahnita mendapat keadilan dan kekuatan menghadapi ujian ini.

image is not available

#OhmediaNasihat

Keganasan rumah tangga adalah isu serius yang perlu ditangani segera. Jika korang atau orang sekeliling menjadi mangsa, jangan takut untuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa atau badan berkaitan. Ingat, keselamatan dan kebahagiaan diri adalah keutamaan!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: HibGlam