Suami Zahnita ditahan polis, ugut mahu habiskan nyawa isteri jika tinggalkan rumah?

LocalPolitics
2 Dec 2024 • 9:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Suami Zahnita ditahan polis susulan laporan yang dibuat oleh bekas model dan pelakon itu berhubung keganasan rumah tangga yang dialami sepanjang perkahwinan.

Memetik laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan yang suspek ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan.

image is not available

Suami Zahnita ditahan polis, datang ke IPD bagi bantu siasatan

Difahamkan, suspek akan dibawa ke Mahkamah Kuantan esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 akta sama dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya.

image is not available

Suami Zahnita ditahan polis, ada ugut mahu bunuh isteri

Dalam pada itu, ada sumber menyatakan bahawa kejadian yang mengakibatkan kecederaan lebam di wajah Zahnita berlaku pada 26 November lalu sekitar jam 10 pagi apabila suami mangsa datang ke kediaman dan berlaku perselisihan faham antara mereka.

“Difahamkan pelakon terbabit ingin tinggal berasingan selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Ketika itu, mangsa diugut suaminya yang ingin membunuhnya jika keluar dari rumah sebelum dicederakan,” katanya.

image is not available

Zahnita akui jadi mangsa keganasan rumah tangga

Terdahulu, bekas peragawati itu telah berkongsi gambar keadaan dirinya dengan kesan lebam di mata dan mengakui menjadi mangsa keganasan rumah tangga suami.

image is not available

Dia yang sudah bersabar selama 20 tahun menyatakan kejadian seperti itu bukan pertama kali berlaku dan pernah menfailkan penceraian pada 2013 namun kembali berbaik semula.

Walau bagaimanapun, Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39 menyatakan dia sebenarnya tidak mahu berkongsi kecederaannya, namun terpaksa melakukan hal sebegitu kerana sudah berulang kali mengalami hal yang sama.

Sumber: Harian Metro