Pempengaruh dan doktor gigi, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfeq atau lebih dikenali sebagai Dr Fie menafikan dakwaan dirinya berdepan masalah kewangan atau dibelenggu hutang.
Sebaliknya, Dr Fie, 36, mendedahkan bahawa dia mempunyai sumber pendapatan lumayan hasil usaha sendiri menerusi pelbagai bidang termasuk perniagaan, kerjaya sebagai doktor gigi, pencipta kandungan digital dan duta produk.
AdvertisementView this post on Instagram
Perkara itu dikongsikan ketika menjawab pertanyaan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dalam episod Paparazzi Podcast yang turut menampilkan suaminya, Amarul Nizar Anuar atau Kapten Amrul.
Capt Amrul Dedah Pendapatan & Jumlah Hutang Dr Fie
Menurut Dr Fie, pendapatan sekitar RM4,000 sebulan ketika berkhidmat sebagai doktor kerajaan sebelum ini tidak mencukupi untuk membolehkannya memiliki aset bernilai tinggi seperti rumah.
Bagaimanapun, pendapatan tambahan daripada perniagaan dan kerjaya sebagai pempengaruh membolehkannya menikmati kehidupan yang lebih selesa.
“Kalau saya gaji doktor RM4,000 lebih, memang tak lepas pinjaman rumah. Mestilah kalau berniaga, pendapatan lebih tinggi daripada gaji doktor.
“Secara kasarnya (pendapatan) lima angka.”
Namun, Amrul mencelah dan mendedahkan bahawa pendapatan isterinya sebenarnya boleh mencecah lima hingga enam angka.
Dr Fie bagaimanapun berseloroh enggan mendedahkan jumlah sebenar pendapatannya kerana tidak mahu perkara tersebut menjadi perhatian umum.
Malah, dia mengakui tidak mengetahui angka tepat pendapatannya kerana segala urusan kewangan diserahkan kepada akauntan yang dilantik.
“Hutang Dia Cuma Hutang Kereta Dan Rumah”
Dalam pada itu, Amrul turut tampil mempertahankan isterinya daripada dakwaan mempunyai masalah kewangan atau rekod hutang yang buruk.
Menurutnya, dia sendiri pernah membuat semakan latar belakang kewangan Dr Fie menerusi sistem CTOS sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
“Dia mana ada hutang. Hutang dia cuma hutang kereta dan rumah… itu perkara biasa.
“Bukan hutang yang dalam rekod CTOS tulis ‘poor’, dia masih dalam keadaan ‘fair’ ke atas.”
Jelas Amrul, komitmen kewangan melibatkan pinjaman rumah dan kereta merupakan perkara biasa dan tidak semestinya menunjukkan seseorang mempunyai masalah kewangan.
Nafi Tumpang Kekayaan Capt Amrul
Sementara itu, Dr Fie turut berkongsi bahawa dia sudah membina kehidupan dan mencapai kestabilan kewangan sendiri selepas berpisah daripada perkahwinan terdahulu.
Menurutnya, dia berjaya memiliki rumah, kereta dan pelbagai keperluan lain sebelum bertemu jodoh dengan Amrul.
“Alhamdulillah, selepas berpisah, saya mula semula. Saya beli rumah, saya beli kereta dan saya sudah ada semua benda yang saya rasa saya nak. Sebenarnya saya boleh sahaja hidup bersendirian.
“Jadi, apabila berkahwin semula, bukan sebab harta sangat pun. Saya lebih perlukan kasih sayang dan persefahaman.”
Untuk rekod, Dr Fie sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Nubhan Ahamad sebelum berpisah pada penghujung tahun lalu.
Dr Fie dan Kapten Amrul kemudiannya sah bergelar suami isteri pada 1 November lalu menerusi sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hans Isaac Akhirnya Bertunang, Pilih Ratu Cantik Sebagai Bakal Isteri - "Ini Keputusan Terbaik Saya Pernah Buat"
The post Suami Dr Fie Tawfek Dedah Status Kewangan Isteri – “Dia Mana Ada Hutang, Ada Pun Cuma Hutang….” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






