Suami Ella Payung Lagu 'Mendung Tak Bererti Hujan', Ironi 'Perpisahan' 9 Tahun Sebelum Berkahwin

10 Aug 2024 • 5:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Suami kepada ratu rock negara, Ella, Kapten Azhar Ghazali, memberitahu lagu Mendung Tak Bererti Hujan yang dinyanyikan bersama isteri tersayang di konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia punyai maksud tersendiri.

Jelas Azhar, lagu terbabit menyimpan kenangan tersendiri bagi mereka berdua.

"Kami pilih untuk berduet lagu Mendung Tak Bererti Hujan pada konsert malam ini kerana lagu itu memang ada kaitan dengan kisah percintaan kami dulu.

"Kami bercinta dan lepas tu putus dan dia (suami) menghilangkan diri dan saya tidak tahu di mana dia berada kerana dia tidak mencari saya.


"Pernah satu masa, saya berasa tiada harapan untuk kami hidup bersama. Saya juga sangat 'down' ketika itu dan selama sebulan tidak boleh tidur malam tapi tetap teruskan perjalanan hidup.

"Tak sangka, Allah maha kaya, kami berdua akhirnya kembali mencari antara satu sama lain dan nampaknya jodoh kami kuat," katanya.

Kembali bersatu


Sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2012, Azhar dan Ella mendedahkan mereka pernah 'berpisah' selama tempoh sembilan tahun tanpa khabar.

"Sebelum kami berkahwin, kami berpisah selama sembilan tahun. Pada ketika itu, saya mula bercinta dengan Ella sejak usia 21 tahun, tapi saya merasakan perbezaan umur menghalang kami untuk bersama.

“Meskipun begitu, kami tetap berkawan untuk mengenali antara satu sama lain, dan pada tahun kesembilan, kami akhirnya bersatu sebagai suami isteri


"Lagu ini juga merupakan penghormatan untuk abang Deddy Dores.

"Saya bukan nak cakap yang menyanyi lagu itu dengan baik tapi saya rasa ia merupakan tanggungjawab untuk mempersembahkan kepada peminat," katanya.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila binti Aminuddin dan Azhar telah mendirikan rumahtangga pada 7 Julai 2012 dan memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Shanome Az Zahra.


Sementara itu, konsert Jilid Rockestra Ella : Rockers juga Manusia anjuran Hitman Solutions dan RockQueen itu berjaya memukau lebih 3,000 penonton.

Ella menghiburkan peminat dengan rangkaian 27 lagu termasuk lagu hitnya seperti Nuri, Sembilu, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Gemilang dan banyak lagi.