Suami hiris cuping telinga isteri gara-gara TikTok

4 Oct 2026 • 11:49 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Suami hiris cuping telinga isteri gara-gara TikTok

SHAH ALAM, 4 OKT: Seorang wanita cedera pada cuping telinga kanan selepas didakwa dihiris menggunakan pisau oleh suaminya yang tidak berpuas hati kerana mangsa kerap melayari aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kejadian berlaku pada 23 September lalu kira-kira jam 9.26 malam di kediaman pasangan itu di Tudan Phase 6, Miri, Sarawak.

Menurutnya, lelaki berusia 49 tahun itu dipercayai bertindak demikian akibat rasa cemburu terhadap isterinya.

“Lelaki berusia 49 tahun itu bertindak menghiris cuping telinga kanan isterinya berpunca daripada perbuatannya yang tidak berpuas hati kerana wanita itu sering melayari TikTok.

“Kejadian kemudian terbongkar selepas anak perempuan mangsa menghubungi talian MERS 999 bagi mendapatkan bantuan.

“Polis yang menerima panggilan kecemasan itu bertindak pantas ke lokasi kejadian sebelum menahan tertuduh,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Farhan Lee berkata lelaki terbabit kemudian dihadapkan ke Mahkamah Miri dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun serta denda RM2,000 pada 28 September lalu selepas mengaku bersalah.

Katanya, tertuduh turut diperintahkan menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved