Suami isteri didakwa palsukan borang JPPH

26 Jun 2024 • 4:43 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pemalsuan enam borang Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Mohammed Hafiz Baharudin, 48, dan Hazlin Suraya Halim, 43, masing-masing tidak diwakili peguam membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Tuan Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu sebagai pengarah sebuah syarikat memasukkan pernyataan palsu pada enam borang JPPH dengan niat menipu antara 17 Sept 2019 hingga 3 Julai 2020 di JPPH Seremban.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh hingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali menawarkan jaminan RM10,000 untuk setiap tertuduh.

Mohammed Hafiz memohon jaminan dikurangkan atas alasan mereka tidak berniat menipu.

Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin serta pasport perlu diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan sebutan semula kes pada 24 Julai ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved