Suami isteri direman tujuh hari kes budak perempuan dua tahun mati disyaki didera

LocalFamily & Parenting
5 Jul 2025 • 1:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Mohd Hafiz

SUNGAI BULOH - Pasangan suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disyaki didera.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, reman dua suspek terbabit bermula Sabtu.

"Polis masih menyiasat motif kejadian dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes.

"Pasangan terbabit direman tujuh hari hingga 11 Julai untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan lebam, bengkak dan luka di seluruh badan antara kesan yang dialami seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dipercayai didera sehingga meninggal dunia di Paya Jaras, Sungai Buloh di sini pada Jumaat.

Mangsa sebelum itu dibawa oleh dua suspek terbabit yang merupakan keluarga angkatnya ke Hospital Sungai Buloh dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Polis telah menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh pada jam 12.25 tengah malam memaklumkan bahawa mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke Zon Merah Jabatan Kecemasan hospital berkenaan kira-kira jam 10.45 malam pada Khamis.

Doktor bertugas bersama pengadu telah memberikan bantuan pernafasan namun tiada tindak balas dan mangsa disahkan meninggal dunia.

Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh menahan pasangan suami isteri berusia 27 dan 28 tahun kira-kira jam 11 pagi pada Jumaat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved