Suami Isteri Maut, 3 Anak Cedera Parah Kemalangan Jalan Raya

24 Jun 2023 • 8:04 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan jalan raya di di Kilometer 25, Lebuhraya Timur Barat sebelum hentian rehat dan rawat (R&R) Titiwangsa, di Gerik, hari ini. - Gambar Bomba

IPOH - Pasangan suami isteri maut dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dinaiki mereka dengan sebuah lori treler muatan simen di Kilometer 25, Lebuhraya Timur Barat sebelum hentian rehat dan rawat (R&R) Titiwangsa, di Gerik, hari ini.

Pasangan suami isteri yang maut ialah Mohamad Nasir Samsudin, 44, dan Rohaya Harun, 46, manakala tiga anak mereka yang cedera parah ialah Mohamad Amir Zaqwan, 14; Nur Auni Batrisya, 12, serta Mohamad Zarith, 7.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.10 tengah hari tadi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik bergegas ke lokasi.

Katanya pemandu treler Ahmad Azhar Jaafar, 50, tidak mengalami kecederaan dan ketika kejadian dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik manakala kereta Myvi itu dari Gerik ke Jeli, Kelantan.

"Terdapat enam orang mangsa yang terlibat dan didapati dua orang mangsa tidak tersepit. Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan).

"Anggota (bomba) bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved