Suami isteri, pengarah syarikat ditahan kemuka tuntutan palsu lebih RM50,000

LocalPolitics
21 May 2026 • 5:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perintah reman dtelah dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu.

IPOH - Suami isteri bersama seorang pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu melibatkan tuntutan rawatan kesihatan berjumlah kira-kira RM53,000.

Ketiga-tiga mereka berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perak antara jam 4.50 petang hingga 9.30 malam pada Selasa.

Menurut sumber, suspek yang terdiri daripada seorang pengarah, pegawai eksekutif dan pemilik syarikat itu disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2024 hingga 2025.

“Mereka dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu kepada sebuah agensi kerajaan bagi membuat tuntutan perbelanjaan rawatan pemulihan fizikal, namun rawatan tersebut sebenarnya tidak dilakukan,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, pasangan suami isteri terbabit direman selama tujuh hari hingga 26 Mei manakala seorang lagi selama lima hari hingga 24 Mei ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret A Hafiizh Abu Bakar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved