2 tahun bernikah, isteri Jay Iswazir akui telah bercerai -“Saya dah cukup bersabar”

LocalEntertainment
2 Nov 2024 • 8:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
isteri Jay Iswazir

Tiada angin tiada ribut isteri Jay Iswazir akui telah bercerai selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dengan pelakon tersebut.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh Azzahra Ahmad di Instagram, dia memaklumkan hubungan suami isteri antara mereka sudah terlerai dan mereka sudah pun berpisah.

image is not available

Isteri Jay Iswazir akui telah bercerai, umum bagi elak salah faham

Dia menjelaskan tindakannya memberitahu hal tersebut di media sosial berikutan enggan menjadi sebarang fitnah dan atas sebab-sebab tertentu.

Ujarnya, sebab mereka berpisah juga tidak akan dikongsikan dan cukuplah sekadar mereka yang mengetahui sahaja.

“Kami telah berpisah. Bagi mengelakkan salah faham atau fitnah saya terpaksa post untuk memberitahu kepada umum dan atas sebab-sebab tertentu juga.

Sebab apa kami berpisah rasanya tidak perlu saya umumkan yang tau je cukuplah,” tulisnya.

image is not available

Isteri Jay Iswazir akui telah bercerai, minta bertanggungjawab sepanjang idah

Dalam pada itu, Azzahra turut memberikan pesanan buat Jay Iswazir untuk menjalankan tanggungjawab sepanjang dia masih dalam idah dan tidak mengambil mudah sebarang urusan melibatkan dia lagi.

Dia juga menyatakan sudah cukup bersabar dengan apa yang dilalui sepanjang berkahwin dengan pelakon tersebut walaupun dalam tempoh yang agak singkat.

“Semoga dalam tempoh masih idah ini saya harap awak mampu menunaikan tanggungjawab dan please dont take me for granted lagi.

Cukuplah dengan apa yang jadi selama ni saya dh ckup bersabar…”katanya lagi.

Ramai terkejut dengan khabar sedih ini

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata terkejut dengan khabar kurang senang itu.

Mereka turut meninggalkan kata-kata semangat serta mendoakan agar urusan Jay dan Azzahra dipermudah serta berharap masing-masing kuat menghadapi ujian tersebut.

image is not available

Allah tahu mana yang terbaik

image is not available

Semoga segala urusan dipermudah

image is not available

Sekadar info, Jay Iswazir atau nama sebenarnya, Ahmad Iswazir Ismail telah mendirikan rumah tangga dengan Azzahra Ahmad pada April 2022 selepas sebulan bertunang pada tahun yang sama.

Sumber: Instagram azzahraahm4d