Suami Jadikan Virus Monkeypox Sebagai ‘Joke’, Ini Respons Fatin Afeefa - “Yang Pasti Itu Bukan…”

26 Aug 2024 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selebriti media sosial, Fatin Afeefa mengakui dia tidak tahu mengenai tindakan suaminya iaitu Aliff Awang yang menjadikan virus ‘monkeypox’ sebagai jenaka dalam sebuah video yang dikongsikan, baru-baru ini.

Enggan masuk campur

Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, berkata, dia enggan masuk campur berhubung isu tersebut meskipun menyedari ia telah menggangu sensitiviti segelintir pihak.

 

"Saya pun tak tahu kenapa dia buat lawak fasal monkeypox, yang pasti itu bukan urusan saya.

 

"Tindakan dia tiada kena mengena dengan saya,” kata Fatin menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya.

 

Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular menerusi filem Tentang Bulan ini berkata, dia tidak mampu untuk mengawal netizen yang mengkritik suaminya.

 

"Saya tidak boleh kawal apa orang luar mahu kata,” ujarnya lagi.

 

Sebelum ini, Aliff atau lebih mesra disapa sebagai Opai dikecam netizen susulan tindakannya menjadikan virus monkeypox sebagai bahan jenaka.

 

Menerusi video yang dimuat naik, Opai dilihat mengenakan pelitup mulut dan memberitahu dia telah dijangkiti virus berbahaya itu.

 

Bagaimanapun, pengakuan yang dibuat Opai hanyalah sekadar ‘prank’.