“Suami jarang ambil gambar dan post. Tak sayang ke?”

Opinion
13 Dec 2025 • 7:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: “Suami jarang ambil gambar dan post. Tak sayang ke?”
Gambar: Public Health M'sia

Kalau suami anda jarang ambil gambar anda dan anak, dan lagi jarang kongsikan di media sosial, jangan terus terasa hati. Anda memang tak keseorangan. Ramai isteri rasa pedih bila tengok suami aktif share pasal kerja, hobi, memancing, bola…

Tapi bila bab gambar keluarga, sunyi.

Dari sudut psikologi, ramai lelaki dibesarkan dengan norma maskuliniti yang ajar mereka supaya simpan emosi. Pakar panggil gaya ini “restrictive emotionality”. Jadi bila diminta ambil gambar sweet dengan isteri dan anak, atau post caption lembut, mereka rasa janggal.

Dalam masa yang sama, kajian tentang media sosial menunjukkan wanita lebih banyak guna gambar untuk tunjuk hubungan dan emosi, manakala lelaki cenderung kongsi benda yang nampak status, aktiviti atau kerja. Sebab itu kadang-kadang suami diam, tapi bukan kerana tidak sayang, cuma cara tunjuk sayang tidak melalui kamera.

Bagi ramai suami, bahasa cinta mereka bukan pada feed media sosial, tetapi pada perkara seharian yang senyap: keluar kerja cari rezeki, bayar bil, baiki apa yang rosak, hantar dan jemput anak, pastikan rumah dan keluarga cukup makan.

Masalahnya, isteri pula simpan memori dalam bentuk gambar. Jurang inilah yang buat hati mudah terasa. seorang perlukan bukti visual, seorang lagi rasa “cukuplah aku ada dan buat kerja”.

Untuk wanita,

Cuba tukar cara beri mesej. Bukan dengan sindir, “Orang lain selalu post pasal isteri, awak je tak.” Sebaliknya beritahu dengan jelas dan lembut,

“Abang, saya nak gambar ni untuk kita, untuk anak tengok bila dia dah besar nanti, bukan semata-mata untuk tunjuk pada orang.” Bila suami sudi ambil atau masuk dalam gambar walaupun sekali sekala, hargai dan ucap terima kasih. Otak manusia belajar daripada pengalaman yang positif, bukan daripada rasa dimalukan.

Untuk lelaki,

Cuba lihat daripada kaca mata isteri. Bagi anda, satu klik mungkin nampak remeh. Tapi bagi isteri yang penat mengandungkan, melahirkan, membesarkan anak, satu gambar yang ada muka anda dalam frame boleh jadi benda yang sangat dia hargai.

Sekali sekala, letak telefon, pandang wajah isteri dan anak, dan ambil satu dua gambar. Tidak perlu caption hebat. Cukup sekadar anda wujud dalam memori mereka.

Suatu hari nanti bila anak buka album dan nampak wajah ayah di situ, mesej yang mereka baca dalam hati sangat sederhana tetapi besar: “Ayah memang ada dalam hidup kami.”


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.