Suami Kecewa, Dakwa Isteri Curang Dengan Pemain Import MSL

LocalFootball
21 Nov 2025 • 3:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Arena bola sepak negara dikejutkan pula dengan dakwaan seorang pemain import Liga Super (MSL) mempunyai hubungan dengan isteri orang.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat sendiri oleh suami kepada wanita berkenaan di Facebook pada 18 November lalu.

Lelaki dakwa isteri sudah beberapa kali tidur dengan pemain import terbabit

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan yang sangat sedih dan kecewa mendakwa isterinya bersama pemain import tersebut telah beberapa kali tidur bersama.

“Sampai hati awak buat dekat saya macam ini, apa saya nak cakap dekat anak kita. Patutlah dalam tiga empat hari ini hati saya rasa tak sedap.

“Hari ini terdetik hati saya untuk rampas telefon isteri dan saya ‘check’ memang betul dia curang dan tidur dengan lelaki itu sudah beberapa kali,” katanya.

Lelaki berkenaan turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualan isterinya bersama pemain bola sepak itu menerusi aplikasi WhatsApp.

Suami kecewa, bukan kali pertama isteri kantoi curang

Dakwanya lagi, ini bukanlah kali pertama isterinya berlaku curang, sebaliknya sudah memasuki kali ketiga.

“Kali ini saya tak maafkan, maaf saya terpaksa muat naik hantaran ini sebab saya tak mahu orang fikir saya tinggalkan dia tanpa sebab.

“Hati saya luruh! Saya kesiankan anak saya,” tulisnya lagi di kapsyen.

Bagaimanapun, hantaran terbabit kemudiannya dipadam oleh lelaki itu demi menjaga maruah keluarga.

image is not available

Karier pemain berusia 28 tahun itu boleh jatuh jika dakwaan terbabit benar

Memetik Harian Metro (HM), pemain import terbabit dilaporkan berusia 28 tahun dan merupakan tonggak utama pasukan pada MSL musim ini.

Menurut HM lagi, sekiranya dakwaan itu terbukti benar, karier pemain berkenaan berpotensi dipertikai ramai dan reputasinya terjejas pada masa akan datang.

Khabar angin itu kemudiannya menjadi tular di kalangan penyokong, mencetuskan pelbagai spekulasi dan perbincangan hangat di media sosial. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak kelab mahupun pemain mengenai dakwaan yang sedang tular itu.