Suami Kecewa Lepas Isteri Dedah Pernah Tiduri 4 Lelaki Sebelum Kahwin, Dakwa Itu Punca Sukar Dapat Zuriat – “Hancur Hati Aku..”

13 Jun 2025 • 2:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, seorang lelaki meluahkan kekecewaan selepas mengetahui rahsia yang disimpan oleh isterinya selama lebih setahun dalam perkahwinan mereka.

Isteri bohong tentang masa silam

Menerusi satu perkongsian di aplikasi X, lelaki tersebut menceritakan bagaimana isterinya sebelum ini memaklumkan bahawa dia tidak lagi memiliki dara kerana aktif bersukan.

Masa kahwin dulu, isteri kata dia tak ada dara sebab banyak bersukan cycling dan sebagainya.

Namun, selepas setahun lebih mendirikan rumah tangga, wanita itu akhirnya mendedahkan bahawa dia pernah mempunyai hubungan intim dengan empat orang lelaki sebelum mereka berkahwin.

image is not available

gambar hiasan

Lepas setahun lebih ni, baru dia mengaku bukan sebab tu. Total body count dia empat sebelum kahwin dengan aku.

 

Patutlah susah nak dapat zuriat sampai sekarang, sebab tipu.

Kecewa dengan pengakuan isterinya itu, dia memberitahu dia telah menghalau isterinya keluar dari rumah.

Dia turut memberitahu dirinya kini di dalam dilema dan tidak tahu langkah apa yang patut dia ambil sama ada menceraikan isterinya atau memperbaiki hubungan mereka.

image is not available

Hati aku remuk sejak awal bulan haritu. Sampai sekarang aku buntu tak tahu nak buat apa.

 

Hati kata memang nak ceraikan, otak pula kata takut malu dengan keluarga kalau cerai ni. Memang betul-betul buntu aku sekarang ni. Hancur hati aku.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang menitip pesan buat lelaki tersebut untuk menceraikan isterinya jika dia tidak boleh reda dan terima kisah silam isterinya.

image is not available

Ada juga yang kurang bersetuju dengan sikap lelaki itu yang mengaitkan isu zuriat dengan kisah silam isterinya.

image is not available

image is not available

image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 days ago

"Sayang Solat Dah Ke?" - 2 Tahun PJJ, Wanita Dedah 'Housemate' Suami Adalah Isteri Orang, Perbualan WhatsApp Jadi Tumpuan