
KUALA LUMPUR – Seorang penumpang AirAsia tidak menyangka penerbangannya ke Jakarta bertukar menjadi momen hari jadi yang cukup mencuit hati apabila dia secara tidak sengaja menjadi ‘mangsa’ prank yang dirancang oleh isterinya sendiri.
Menerusi perkongsian Syafrie Izwan di Threads, kru kabin AirAsia dilihat bekerjasama menjayakan kejutan tersebut untuk En. Hafizuddin, selepas isterinya merancang sambutan hari jadi buat suaminya ketika berada dalam penerbangan.
Kru Kabin Turut ‘Berkomplot’
Dalam video berkenaan, penumpang itu pada awalnya kelihatan tenang di tempat duduk sebelum kru menghampirinya dan memulakan ‘prank’. Beberapa ketika kemudian, kejutan hari jadi itu akhirnya diberikan kepadanya bersama kek dan sambutan daripada kru kabin.
Syafrie yang merupakan sebahagian daripada kru penerbangan itu turut berkongsi bahawa mereka sengaja menyediakan sambutan yang tidak dapat dilupakan buat Hafizuddin.
“Happy birthday En. Hafizuddin,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Netizen Terhibur Lihat Kejutan
Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai komen daripada pengguna Threads yang terhibur melihat gelagat kru kabin menjayakan kejutan berkenaan.
Ada yang memuji kreativiti kru AirAsia, malah ada yang berseloroh bahawa kru tersebut bukan sahaja pandai melayan penumpang, tetapi turut ‘pandai berlakon’ ketika melaksanakan prank berkenaan.
Syafrie turut menjelaskan bahawa AirAsia menyediakan pakej sambutan hari jadi dalam penerbangan bagi penumpang yang mahu meraikan hari istimewa bersama insan tersayang.
Namun, untuk kejutan seperti yang berlaku dalam video ini, nampaknya pengalaman itu menjadi lebih istimewa apabila kru turut memainkan peranan dalam menjayakan prank tersebut.
Dengan kejutan yang dirancang rapi oleh isterinya serta bantuan kru kabin, sambutan hari jadi Hafizuddin kali ini pastinya menjadi satu kenangan istimewa yang akan dikenang sampai bila-bila. – The Malaysian Update
The post Suami Kena Prank Atas Flight, Rupanya Isteri Dah Rancang Kejutan Hari Jadi appeared first on The Malaysian Update.

