Suami Kepada Wanita Maut Motosikal Terbabas Direman Tiga Hari

LocalPolitics
13 Feb 2025 • 4:48 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suami kepada wanita maut motosikal terbabas direman semalam telah ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kemalangan isterinya.

Memetik laporan Sinar Harian, perintah reman terhadap lelaki berusia 22 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Dr Teoh Syu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Suami kepada wanita maut motosikal terbabas direman

image is not available

Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah malam semalam, motosikal ditunggang Nur Erdiyanah Samsul Maarif, 27, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke arah kanan jalan dan melanggar tembok batu.

Mangsa yang merupakan pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut polis, terdapat maklumat mengatakan sebelum kemalangan itu mangsa dipercayai bertengkar dengan suaminya yang bekerja sebagai penghantar barang.

image is not available

Ketika dalam perjalanan pulang, suami mangsa dipercayai mengikutnya dari belakang namun wanita itu kemudian memecut motosikal sebelum terbabas.

Sumber: Sinar Harian