Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan

LocalCars
13 Feb 2025 • 3:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian.

ALOR GAJAH - Seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan isterinya yang maut selepas motosikal ditunggang wanita itu terbabas di Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin di sini, tengah malam semalam.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 22 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Dr Teoh Syu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah malam semalam, motosikal ditunggang Nur Erdiyanah Samsul Maarif, 27, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke arah kanan jalan dan melanggar tembok batu.

Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut polis, terdapat maklumat mengatakan sebelum kemalangan itu mangsa dipercayai bertengkar dengan suaminya yang bekerja sebagai penghantar barang dan ketika dalam perjalanan pulang, suami mangsa dipercayai mengikutnya dari belakang namun wanita itu kemudian memecut motosikal sebelum terbabas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved