Suami Maut, Isteri Cedera Kereta Dipandu Terbalik Menjunam Dalam Parit Di Sibu

19 Jan 2023 • 3:41 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berlaku di Jalan Tunku Abdul Rahman

Suami Maut, Isteri Cedera Kereta Dipandu Terbalik Menjunam Dalam Parit Di Sibu. Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam satu kemalangan kenderaan di Batu 8, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini sekitar jam 6 pagi hari ini.

image is not available
Suami Maut, Isteri Cedera Kereta Dipandu Terbalik Menjunam Dalam Parit Di Sibu. Sumber: Borneo Post

Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai hilang kawalan ke atas kenderaan itu menyebabkan ia terjunam ke dalam longkang tanah di tepi jalan.

Kereta ditelenggelami air beberapa meter

Orang ramai yang lalu lalang berjaya membantu menarik kedua-dua mangsa ke tempat selamat selepas kenderaan itu ditenggelami air beberapa meter.

image is not available

Kedua-dua suami dan isteri yang merupakan guru kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu.

Bagaimanapun, lelaki itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital, manakala wanita itu dirawat kerana kecederaannya.

image is not available

Dipercayai mereka dalam perjalanan ke sekolah mereka di Sibu Jaya ketika kemalangan itu berlaku.

Baca lagi artikel terkini di sini: