Suami maut, isteri hamil cedera nahas dua treler di Sungai Besar

17 Jul 2026 • 8:13 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Suami maut, isteri hamil cedera nahas dua treler di Sungai Besar

SHAH ALAM, 17 JULAI: Pemandu treler maut selepas kenderaan itu terbabit kemalangan dengan sebuah lagi treler di Jalan Besar berhampiran Kampung Tebuk Marso, Sungai Besar pagi tadi.

Dalam kejadian itu, isteri mangsa yang turut menaiki kenderaan sama dan hamil tujuh bulan cedera.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.49 pagi sebelum menggerakkan sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar ke lokasi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah treler Hino yang membawa muatan besi seberat 36 tan dengan sebuah treler Volvo yang membawa kontena.

Menurutnya, penumpang treler Volvo, seorang wanita berusia 26 tahun yang juga isteri pemandu, cedera ringan dan dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan bomba.

"Pemandu treler, lelaki berusia 21 tahun, tersepit di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian.

Ashrul Riezal berkata, pemandu treler Hino terselamat dalam kejadian berkenaan.

"Pemandu treler terbabit berjaya dibawa keluar jam 4.15 pagi tadi namun disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Isterinya pula dihantar ke hospital," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved