Suami maut, isteri parah dalam nahas dua kenderaan

18 Sep 2026 • 10:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suami maut, isteri parah dalam nahas dua kenderaan

KLUANG- Seorang lelaki warga emas maut, manakala isterinya parah selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di kilometer 10, Jalan Kluang – Teck Wah Heng berhampiran kilang Guocera di sini petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Husin berkata, kejadian pukul 1.50 petang itu melibatkan Tai Ah Kau,77, yang menaiki kereta Proton Wira bersama isterinya Tjihin Sioe Lan,70, yang dalam perjalanan dari arah bandar Kluang ke Simpang Renggam manakala kereta Toyota Camry dipandu lelaki berusia 26 tahun datang dari arah bertentangan.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta Toyota Camry secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Proton Wira dinaiki pasangan warga emas berkenaan.

“Akibat pertembungan itu, Tai Ah Kau telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Manakala isterinya, Tjihin Sioe Lan cedera parah di bahagian kepala dan sedang menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang,”katanya melalui kenyataan.

Menurut Nik Mohd Azmi lagi, pemandu kereta Toyota Camry cedera di bahagian tangan kanan, rusuk sebelah kanan, leher serta dada dan menerima rawatan di Zon Kuning hospital sama.

“Mayat mangsa dirujuk ke unit forensik HEBHK untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”katanya.-KOSMO! ONLINE.

The post Suami maut, isteri parah dalam nahas dua kenderaan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved