Suami Menangis Terduduk, Isteri Sarat Hamil Rupanya Salah Seorang Yang M*ut Insiden Bangunan Terbakar Di Jakarta

10 Dec 2025 • 1:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berlaku satu kebakaran dahsyat di sebuah bangunan di Jakarta, Indonesia dengan 22 mangsa disahkan maut dalam insiden yang berlaku pada Selasa.

Menurut laporan media tempatan, kebakaran berlaku di bangunan tujuh tingkat itu, sekitar jam 1 petang waktu tempatan, ketika waktu rehat pekerja. Ramai mangsa dipercayai terperangkap di dalam bangunan ketika api merebak dengan pantas.

Dilaporkan, salah seorang mangsa maut dalam kebakaran bangunan itu merupakan seorang wanita yang sarat mengandung.

Lebih memilukan, mangsa yang dikenali sebagai Novia sedang hamil anak pertama yang dijangka bersalin pada Januari depan.

Menerusi satu klip video yang dikongsikan, terlihat seorang lelaki dipercayai suami kepada mangsa tidak dapat menahan sebak sambil terduduk di perkarangan forensik hospital selepas mendapat tahu perkhabaran itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kumparan (@kumparancom)

Menurut ahli keluarga, mangsa sempat berusaha turun ke bawah untuk menyelamatkan diri, tetapi akhirnya kembali ke tingkat 5 kerana asap semakin tebal.

“Dia dah turun tapi asap makin tebal, jadi dia naik semula ke tingkat 5 dan terperangkap,” kata ahli keluarga mangsa.

Tambahnya, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan baik dan dipercayai meninggal akibat kekurangan oksigen.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan memaklumkan kebakaran disyaki bermula di sebuah gudang bateri di tingkat satu.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.