Suami merajuk, Janna Nick benarkan Dini Schatzmann buat rawatan ‘eyelash lifting’

EntertainmentLifestyle
4 Sep 2024 • 5:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suami merajuk, pelakon Janna Nick benarkan Dini Schatzmann untuk membuat rawatan kosmetik ‘eyelash lifting’ atau melentikkan bulu mata.

Perkongsian pemilik nama Nurul Jannah Muner di TikTok telah mencuri perhatian ramai terutama gelagat bersahaja dan romantis pasangan selebriti itu.

image is not available

Suami merajuk

Menerusi hantaran tersebut, Dini dilihat berkeras mahu melentikkan bulu matanya meskipun dihalang oleh Janna pada awalnya.

Namun, apa yang mencuit hati ramai apabila Dini Schatzmann yang juga aktor dilihat seakan merajuk sebagai tanda protes selepas isterinya tidak memenuhi permintaannya.

“Hari ini kami nak buat eyelash lifting. Bukan awak (Dini) tetapi saya yang nak buat!
“Lepas itu nak merajuk protes bila kita tak bagi,”kata Janna Nick.

image is not available

Bagaimanapun, Janna akhirnya membenarkan Dini atau nama penuhnya Dini Azan Schatzmann melakukan rawatan tersebut.

Di akhir video, Jana memuji ketampanan wajah suaminya setelah melakukan rawatan melentikkan bulu mata.

“Cantiknya bulu mata dia (Dini), okaylah dia dah gembira balik,”pujinya.

image is not available

Wah, kemain seronok ya Dini bila isteri tercinta bagi melentikkan bulu mata tu! Suka sangat tengok pasangan bahagia ini.

Sumber: TikTok jannanickofficial

View Original Article