Pagi Ahad semalam (22 Oktober 2023), kecoh di media sosial seleps seorang lelaki yang juga merupakan suami orang kantoi mengintai di tandas wanita.
Kejadian itu berlaku di sebuah pasar raya dan perbuatannya berjaya dicekup orang awam. Ini bukanlah pertama kali dilakukan suspek selepas bertindak menyamar sebagai wanita dengan memakai tudung dan selipar isterinya, siap dengan inai lagi di ibu jari.
Dalam video yang tular itu, seorang wanita dilihat terpekik meminta kata laluan telefon bimbit miliknya dan lelaki itu ada berkata bahawa dia malu dirinya diperlakukan seperti itu.
Selepas berjaya membuka telefon suspek, terbuktilah ini bukan kali pertama kerana ada lebih 40 video rakaman di dalam tandas perempuan.
Dah kahwin. Saya tak tahu, kepala otak saya macam begini hari ini. Malu. – Kata suspek memberikan alasan.
Suspek kini dalam tahanan dan pihak polis telah memohon reman untuk siasatan lanjut.
Kredit: Astro Awani


![[VIDEO] "Siap Bertudung Semata Nak Mengintai Perempuan!" - Lelaki Rekod Video Wanita Dalam Tandas Pasar Raya Kena Cekup](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)
