Suami ‘Panik’, Salah Umur Isteri Masa “Suprise” Sambut Hari Jadi

LocalEntertainment
27 Dec 2024 • 8:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Suami ‘Panik’, Salah Umur Isteri Masa “Suprise” Sambut Hari Jadi

Setiap tahun, antara detik istimewa yang dinanti-nantikan tentunya ketibaan tarikh kelahiran yang akan diraikan dengan cara yang tersendiri.

Bagi sebahagian daripada masyarakat, ada yang menjadikan hari lahir sebagai satu tradisi yang perlu disambut bersama keluarga dan orang tersayang.

Jika sambutan dibuat agak besar, rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat serta jiran sekitar akan dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis.

Setiap sambutan itu pula, pasti ada momen lucu atau kenangan manis yang berlaku dan tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.

‘Suprise’ hari jadi tak menjadi, lelaki salah umur isteri buat netizen terhibur

Begitu jugalah situasi yang berlaku dalam satu video seorang lelaki yang teruja meraikan majlis ulang tahun kelahiran orang tersayang yang menjadi tular baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @mrplumberofficial, dia bersama keluarganya berkunjung ke sebuah restoran berbentuk kontainer bagi menyambut hari jadi isteri tercinta.

Dari luar restoran, dapat dilihat meja makan telah dihias dengan deko yang meriah seperti lampu neon, belon, bunga dan sebagainya untuk meraikan hari istimewa.

@mrplumberofficial juga melakukan kejutan romantis dengan menempah belon bernombor ’35’, simbolik kepada usia isterinya yang mahu disambut pada hari tersebut.

“Abang tak tahu umur ibu ke…”

Bagaimanapun, momen yang sepatutnya menjadi indah bertukar menjadi peristiwa lucu namun mencemaskan, apabila @mrplumberofficial rupa-rupanya ‘terlupa’ umur sebenar isterinya.

Difahamkan, usia sebenar si isteri pada tahun ini adalah 34 tahun dan bukannya 35 tahun.

Menerusi video 00:16 saat turut memaparkan reaksi si isteri yang berasa geram apabila melihat belon bernombor yang ditempah oleh @mrplumberofficial.

“Abang tak tahu umur ibu ke…” kata si isteri dengan nada merajuk.

Video berkenaan mendapat 1.3 juta tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh @mrplumberofficial.

Menurut komen-komen yang ditinggalkan, sebahagian besar bersetuju bahawa usia merupakan isu sensitif kepada mana-mana wanita.

Pada masa yang sama, ada juga yang sempat berseloroh dan mengusik pasangan suami isteri tersebut.

“Sebenarnya yang 35 tu tak jadi datang kan, bang?” komen seorang wargamaya yang bergurau.

“Baru depan pintu dah jumpa satu kesalahan, belum masuk ke dalam lagi,” komen seorang lagi wargamaya.

Ada-ada saja, kan? Apa pun, selamat hari jadi diucapkan kepada isteri @mrplumberofficial.