‘Suami puan dah takde’ – Isteri meraung, saksi maklumkan suaminya maut dalam kemalangan

4 Jul 2024 • 8:58 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang penunggang motosikal dilaporkan maut dalam kemalangan yang berlaku pada Selasa lalu, berdekatan MSU Shah Alam.

Difahamkan, mangsa sebelum itu baru sahaja selesai menghantar anaknya ke sekolah sesi petang.

Saksi kejadian, Nizam memaklumkan dia bersama dengan beberapa penunggang motosikal lain sempat menghulurkan bantuan terhadap mangsa.

Semasa menghubungi talian kecemasan, pemeriksaan awal mendapati mangsa telah meninggal dunia. Dalam masa yang sama, Nizam, mendapati telefon bimbit mangsa dihubungi oleh isteri, membuatkan dia tergamam serta tiada sesiapa yang berani menjawab panggilan itu.

image is not available
Facebook Nizam Jentik-Jentik

“Tiba-tiba telefon mangsa berdering dan tertera nama ‘My Lovely Wife’. Allahuakbar.. masing-masing tak berani angkat. Tetapi saya gagahkan juga angkat.

“Saya jawab “Assalam puan..’. Dia membalas, ‘Eh? Suami saya mana? Saya rasa tak sedap hati, tu yang tergerak nak call’. Satu ungkapan yang saya cukup berat dan sebak nak khabarkan waktu itu.

“…’Puan, suami puan ada dekat dengan saya ni, dia terlibat dalam kemalangan puan. Suami puan dah takde puan’. Dia meraung menangis. Saya terkedu dan menitik air mata,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved