Warga Emas Maut, Motosikal Terperosok Bawah Bas Di Bintulu

4 Jul 2024 • 11:46 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa dikatakan menunggang sebuah motosikal

Warga Emas Maut, Motosikal Terperosok Bawah Bas Di Bintulu. Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Kilometer 12, Jalan Bintulu-Miri pagi tadi.

Ketua Zon Bomba Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad, mengenal pasti mangsa sebagai Tang Ujum, berumur 60 tahun.

image is not available
Warga Emas Maut, Motosikal Terperosok Bawah Bas Di Bintulu. Sumber: The Borneo Post

Menurutnya, anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.07 pagi.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati mangsa tersepit di bawah bas akibat kemalangan tersebut.

image is not available

Takziah diucapkan

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Baca lagi artikel menarik:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved