Suami Rantai Wanita Di Pokok, 40 Hari Tidak Makan Diselamatkan Pengembala

2 Aug 2024 • 10:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang pengembala terkejut dengan penemuannya di dalam sebuah hutan. Bukan binatang tetapi dia menemukan sekaligus telah menyelamatkan seorang wanita yang dirantai di sebuah pokok!

Wanita tersebut, Lalita Kayi Kumar mendakwa sudah 40 hari dirantai oleh suaminya di pokok tersebut.

Suami rantai wanita

Namun dia yang ditemui dalam keadaan menyedihkan dan kotor berjaya hidup meski tidak makan lebih sebulan.

Lalita, 50, yang tidak boleh bercakap kerana keadaan yang sangat teruk menulis nota sewaktu berada di hospital.

“Suami rantai saya di pokok di hutan dan kata saya akan mati di sini,” tulisnya.

Menerusi kronologi kes, Lalita diselamatkan oleh penyelamat dari daerah Sindhudurg, 290 batu dari Selatan Mumbai, India selepas pengembala mendengar tangisannya di hutan tersebut lapor Indian Exprress.

Dia yang merupakan rakyat Amerika Syarikat ditemui bersama pasport termasuk beberapa dokumen lain di kawasan tempat dirinya dirantai.

Pihak berkuasa tempatan sedang giat mencari bekas suami Lalita yang merupakan seorang warga India bernama Satish. Lalita telah tinggal di India bersama suami yang digelar bekas suaminya itu sejak 10 tahun lalu.