“Suami Saya Cuma Pakai Rantai Emas Tapi Dia Sempurna…” – Atikah Suhaime Jawab Teguran Netizen

LocalEntertainment
4 Nov 2024 • 10:42 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
atikah suhaime

Pelakon wanita terkenal, Datin Atikah Suhaime baru-baru ini tampil memberi respon kepada teguran netizen yang mempersoalkan suaminya, Datuk Lokman Teh, yang dilihat memakai rantai emas.

Dalam hantaran di Instagram, Atikah memohon maaf atas kekurangan tersebut dan menyatakan bahawa dia sudah menasihati suaminya.

Maaf sis, suami saya nakal sikit. Dah cakap kat dia dah. InsyaAllah, dia akan berubah perlahan-lahan.- Tulis Atikah.

Atikah turut mengakui dirinya juga belum sempurna kerana masih belum berhijab. Dia berharap akan ada perubahan positif buat dirinya dan suami seiring dengan perjalanan agama mereka.

Atikah Suhaime tetap rasa suami sempurna dari banyak perkara….

image is not available

Di ruangan komen, Atikah menjelaskan bahawa meskipun Lokman memakai rantai emas, suaminya adalah seorang lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab, selalu melayannya dengan kelembutan.

Suami saya tidak pernah sakitkan hati saya dan layan saya dengan penuh kelembutan. Mungkin suami saya cuma pakai rantai emas tapi daripada segi lain dia sempurna.- Tambahnya lagi.

Harap netizen beri teguran berhemah, bukan membenci…

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, Atikah berharap orang ramai dapat menegur dengan cara yang baik tanpa ada perasaan benci. Dia mengingatkan bahawa tiada manusia yang sempurna dan semua sedang berusaha menjadi lebih baik.

Sebagai info, Atikah dan Lokman telah berkahwin pada 21 Januari lalu, dan kini Atikah mengumumkan dirinya sedang hamil anak sulung mereka.

image is not available

image is not available

#OhmediaNasihat

Dalam kehidupan, setiap orang mempunyai kelemahan masing-masing. Nasihatlah dengan berhemah dan penuh kasih sayang. Berdoa untuk kebaikan sesama lebih bermakna daripada mencari kekurangan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram