Pusat Beli-Belah Bina Dekorasi Halloween Lebih Gah Berbanding Deepavali Jadi Sorotan Netizen – “Ini Bukan Budaya Kita”

LocalEntertainment
28 Oct 2024 • 1:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan majmuk di mana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, dan salah satu perayaan yang akan disambut tidak lama sahaja lagi ialah perayaan Deepavali bagi kaum India.

Tular baru-baru ini apabila seorang individu tampil mempersoalkan mengapa terdapat sesetengah pusat beli-belah dan awam dihiasi dengan dekorasi Halloween, sedangkan ia bukan sebahagian daripada budaya tempatan.

Kenapa pusat beli-belah dan tempat awam di Malaysia ada dekorasi Halloween? Sejak bila ia menjadi sebahagian daripada budaya kita?

Individu itu juga menekankan perihal musim Deepavali yang sedang disambut dan penting untuk semua orang menghormati rakyat tempatan yang meraikannya.

Hal itu menjadi tular setelah muncul beberapa video memaparkan pusat beli-belah dihias gah dengan dekorasi dan pameran khas untuk perayaan Halloween sedangkan sambutan Deepavali seperti dipinggirkan.

image is not available

Hantaran tersebut mendapat perhatian luas di kalangan netizen, dan kebanyakan daripada mereka bersetuju bahawa Halloween tidak seharusnya menjadi tumpuan utama dalam dekorasi tempat awam.

Ramai yang berpendapat sambutan perayaan Deepavali pada setiap tahun sudah tidak semeriah dahulu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

Cik Epal Hantar Surat Peguam, Tuntut Ganti Rugi RM1 Juta Daripada Dewi Gara-Gara Kenyataan Fitnah