Suami Shila Amzah bawa Lalamove, dipuji tak pilih kerja sara keluarga

LocalFamily & Parenting
10 Sep 2025 • 5:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suami kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai menjadi sorotan ramai apabila berkongsi pengalaman bekerja dalam perkhidmatan penghantaran barang.

Tak pilih kerja sara keluarga

image is not available

Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 27 meluahkan rasa gembira ketika bekerja menghantar barang-barang pelanggan sekitar Putrajaya.

image is not available

“Seronok juga layan Lalamove dalam Putrajaya ni, jalan aman hantar barang pun dekat orang-orang gomen (kerja kerajaan),” kata Ubai di Threads, semalam.

Dalam pada itu, Ubai memberitahu pekerjaan tersebut dilakukan olehnya apabila mempunyai masa lapang dan turut meluahkan rasa gembira dapat bertemu bersama peminatnya.

image is not available

“Kerja freelancer macam ni lah, ada hari kita sibuk ada hari kita free. Kebetulan hari ni takde buat apa-apa, kita layan lah buat Lalamove, seronok jumpa orang ni kadang-kadang,” jelasnya.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi positif dalam kalangan warganet dan rata-rata memuji Ubai yang rajin mencari rezeki tanpa melihat jenis pekerjaan biarpun dirinya seorang yang dikenali ramai.

Dah terkenal pun buat Lalamove

image is not available

Janji rezeki halal

image is not available

Moga dipermudahkan rezeki

image is not available

Sumber: Threads ubaihani