“Lepas Satu, Satu Drama. Pergilah Cari Ahli Terapi…” – Penulisan ‘Deep’ Shila Amzah, Beri Pesanan Tentang Kehidupan

EntertainmentLifestyle
22 Aug 2025 • 11:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi akaun Threads, penyanyi Shila Amzah berkongsi kata-kata renungan yang boleh buat sesiapa sahaja muhasabah diri tentang kehidupan di dunia.

Tulis Shila, manusia hanya perlu fokus dengan kehidupan sendiri di samping mempunyai kawan yang berkualiti dan memilih suami yang tepat.

Lepas satu, satu drama. Fokus sahaja dengan kehidupan sendiri. Kurangkan kawan, pilih suami yang tepat.

image is not available

Buat pilihan betul dalam kehidupan

Tambah Shila, setiap orang mempunyai hak untuk memilih jadi buatlah pilihan yang betul dalam apa sahaja perkara, untuk diri kita dan jangan sabotaj diri sendiri.

Menyalahkan orang lain tentang segala hal bukanlah cara yang betul untuk menjalani kehidupan. Jika kamu perlukan bantuan, cari. Pergilah jumpa ahli terapi.

Ayat terakhir ditulis Shila juga begitu mendalam dan memberi makna untuk semua orang agar tidak terlalu terkejar-kejar kehidupan yang sempurna.

Hidup ini memang ditakdirkan untuk tidak sempurna tetapi itu tidak mengapa.

 

View on Threads

 

Meski kata-kata itu tidak semestinya ditujukan kepada sesiapa namun apa yang ditulis Shila mungkin boleh memberi ketenangan kepada mana-mana pihak atau sesiapa sahaja yang membacanya.

Sama-sama kita muhasabah diri.

image is not available 2025-08-20 20:41:58

"Aku Ada Semua Bukti, Last Warning!" - Pempengaruh Beri Amaran Kepada Syada Amzah, Berhenti Tabur Fitnah