Suami Tipu Isteri Pergi Kursus, Rupanya Check-in Dengan Janda

6 Oct 2025 • 2:51 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Hasrat seorang pegawai berusia 50-an yang sudah beristeri untuk bermadu asmara bersama pasangannya, seorang janda muda, tidak kesampaian apabila mereka dicekup dalam serbuan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah hotel di sini, tengah malam semalam.

Suami check-in dengan janda

Menurut laporan Berita Harian, dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam 12 tengah malam itu, kedua-dua mereka didapati berada dalam sebuah bilik hotel selepas menempuh perjalanan lebih 100 kilometer dari negeri asal mereka.

image is not available

Menurut kenyataan JAINJ, lelaki berkenaan memberi alasan kepada isterinya bahawa dia menghadiri kursus kerja di Batu Pahat.

Alasan itu dipercayai digunakan bagi mengaburi perancangannya untuk bersama wanita terbabit.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berstatus suami dan mempunyai anak, manakala pasangannya yang bekerja di sebuah syarikat swasta merupakan seorang janda muda tanpa anak.

Mereka berpakat untuk bertemu di daerah ini sempena cuti hujung minggu,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, hubungan dengan janda itu sudah berlangsung sejak sekian lama, namun tidak pernah dihidu oleh isteri lelaki berkenaan kerana kedua-duanya pandai menjaga rahsia.

Apabila disoal mengenai pemilihan lokasi, lelaki tersebut hanya memberikan alasan remeh dengan mengatakan dia tertarik dengan makanan di Batu Pahat.

image is not available

Serbuan itu membawa pasangan terbabit ke pejabat JAINJ untuk siasatan lanjut.

Mereka bakal didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana melakukan kesalahan khalwat.

Sumber: Berita Harian (Alias Abd Rani)