Suami Tolong Bayarkan Yuran Kuliah, Isteri Tuntut Cerai Lepas Berjaya Jadi Guru – “Dah Tak Sekufu, Malu Suami Kerja Biasa”

28 Jul 2025 • 2:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan konsep sekufu sememangnya perlu diutamakan jika mahu mencari pasangan hidup demi kebahagiaan rumah tangga.

Bagaimanapun, mencari kefahaman sebenarnya boleh membentuk keharmonian dalam perkahwinan dan melalui perkongsian di platform TikTok ini, sepasang suami isteri berhasil jalani kehidupan rumah tangga biarpun mempunyai jurang pekerjaan yang jauh.

Suami bantu isteri kejar cita-cita menjadi seorang guru

Difahamkan, si suami berusaha mencari rezeki sebagai ketua keluarga dengan bekerja menjadi kuli bangunan, manakala isterinya pula mengejar cita-cita untuk menjadi guru.

Dikatakan si suami sejak zaman sekolah sudah berusaha sedaya upaya demi menanggung kos pembelajaran isteri, sekaligus menyokong cita-cita yang ingin dikejar oleh wanita itu.

image is not available

Bermula dengan memegang jawatan kontrak, selepas itu wanita terbabit berjaya diserap menjadi guru tetap tetapi siapa sangka selepas berjaya mencapai impiannya, si isteri lupa semua usaha si suami.

Malu ada suami kerja kuli bangunan, tiba-tiba anggap tak sekufu

Tidak mempunyai ribut atau angin, secara tiba-tiba si isteri meminta cerai kepada suami yang selama ini berkorban untuknya atas alasan sudah tidak sekufu.

image is not available

Lebih menyedihkan, wanita yang merupakan seorang guru itu juga meluahkan rasa malu mempunyai teman hidup yang hanya bekerja biasa sebagai kuli.

image is not available 2025-07-26 10:39:42

“Gaji RM1,200, Kahwin Senyap Di Thailand” – Kisah Suami Nikahi Janda Anak Dua Dihencap Netizen