Suami turunkan ego buat pemeriksaan kesuburan -“Aku punca isteri tak mengandung”

Family & Parenting
23 May 2024 • 4:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang suami turunkan ego buat pemeriksaan kesuburan ketika menceritakan perjalanannya bersama isteri tercinta dalam usaha mendapatkan zuriat.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh Wandy Mohd, dia mengakui bahawa dirinya punca isteri tidak hamil.

image is not available

Suami turunkan ego buat pemeriksaan kesuburan

Segalanya berlaku apabila dia menurunkan ego untuk membuat pemeriksaan kesuburan sewaktu dalam proses mendapatkan anak.

Menurutnya, lelaki juga boleh menjadi punca dan tidak semestinya masalah kaum wanita yang perlu dipersalahkan kerana gagal memberikan zuriat kepada suami.

“Aku merupakan punca kenapa isteri tak dapat mengandung. Lelaki juga boleh jadi punca.
“Aku turunkan ego, buang rasa malu. Keputusan menunjukkan akulah punca,”kongsinya.

image is not available

Pentingnya kesedaran masyarakat

Dalam video tersebut, dia juga menceritakan perjalanan mereka suami isteri menjalani proses In Vitro Fertilizatio (IVF) sebagai salah satu langkah mendapatkan zuriat.

Ujarnya, selama empat tahun mereka merahsiakan usaha menjalani IVF untuk mendapatkan zuriat.

Namun, sudah tiba masanya untuk berkongsi kepada orang ramai dan dijadikan sebagai kesedaran agar tidak menyalahkan kaum wanita sahaja jika gagal mendapatkan zuriat.

“Aku rasa penting untuk sebar awareness dan betulkan yang satu ini (stigma masyarakat) yang mudah salahkan kaum perempuan bila tak ada.
“Tapi korang tahu tak, antara situasi aku dan isteri, akulah punca kenapa isteri tak dapat mengandung,”kongsinya lagi.

image is not available

Tahniah turunkan ego!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan perkongsiaan lelaki terbabit kerana sedikit sebanyak ia boleh memberi kesedaran buat orang lain.

Malah, mereka juga tidak menyangka pasangan itu kini memiliki anak kembar setelah menjalani pemeriksaan kesuburan dan rawatan IVF.

image is not available image is not available image is not available image is not availableimage is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @wandymohd