Suami wanita langgar pelajar UiTM Dungun mohon maaf, sedia berjumpa keluarga mangsa

LocalPolitics
11 Oct 2024 • 6:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Pelajar UiTM Dungun

Suami kepada pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mengakibatkan tiga pelajar UiTM Dungun terkorban manakala seorang lagi cedera parah mohon maaf kepada ahli keluarga mangsa atas kejadian yang menimpa anak mereka.

Menurut laporan Harian Metro, Azhar Ahmad, 53, mahu bertemu dengan ahli keluarga mangsa namun, hasratnya itu terpaksa ditangguhkan atas nasihat pihak berkuasa.

Pelajar UiTM Dungun

image is not available

Sumber gambar: Harian Metro

“Saya menangis dan sangat sedih melihat kemalangan itu. Saya mewakili isteri ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua ahli keluarga pelajar terbabit,” katanya.

Cerita Azhar, isterinya yang berusia 49 tahun itu seorang yang baik dan penyayang sebelum menghidap masalah kesihatan dan mental akibat keguguran anak luar rahim pada 10 tahun lalu.

Jelasnya, dia sudah menggunakan pelbagai cara termasuklah tradisional untuk merawat isterinya itu namun semua usahanya tidak berhasil.

image is not available

“Ketika mengandung anak keempat, 10 tahun lalu, doktor mengesahkan isteri mengandung di luar rahim dan terpaksa menggugurkan kandungan itu.

“Ketika mendapat rawatan di hospital di Kuala Terengganu, dia koma selama empat hari dan kehilangan banyak darah. Selepas sedar dari koma, isteri mula alami gangguan dan sering berhalusinasi dan bercakap sendirian.

“Sudah puas saya berubat, termasuk secara tradisional.. apa sahaja saya lakukan namun semuanya tidak berhasil,” katanya yang sudah berkahwin 30 tahun dengan pasangannya.

“Dia tidak pernah keluar waktu malam. Kalau keluar, mesti ditemani saya dan anak-anak. Dia memandu pada waktu siang dan minum di kedai tidak jauh dari kampus,” katanya.

Pelajar UiTM Dungun

image is not available

Bagaimanapun, meskipun keadaan isterinya sudah tidak sama seperti sebelum ini, wanita berkenaan tetapkan menjalankan tanggungjawabnya dalam menguruskan beberapa hal rumah tangga seperti mengemas dan memasak.

Azhar turut memberitahu isterinya telah keluar dari rumah secara senyap ketika dia dan anak bongsunya sedang menunaikan solat maghrib dan isyak.

Sebaik sahaja selesai tunaikan ibadah wajib tersebut, dia terkejut apabila mendapati isterinya yang dikatakan sedang menonton televisyen di ruang tamu hilang, pintu pagar rumah terbuka, dua pasang kasut isteri dan sehelai pakaiannya juga tidak ada.

“Dia tidak pernah keluar waktu malam. Kalau keluar, mesti ditemani saya dan anak-anak. Dia memandu pada waktu siang dan minum di kedai tidak jauh dari kampus,” katanya.

Dia dan anak bongsunya terus bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja rakannya memaklumkan kereta SUV terlibat dalam sebuah kemalangan di hadapan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat Kampung Sura Hujung.

image is not available

“Terkejut saya melihat mayat pelajar di atas jalan raya. Saya ingat seorang mangsa, rupanya tiga orang. Saya cuba cari ahli keluarga mangsa di tempat kejadian ketika itu tetapi semua orang luar Dungun.

“Kemudian saya diarah polis untuk ke balai bagi diambil keterangan,” katanya yang memaklumkan cuba bertemu keluarga mangsa di Bilik Forensik Hospital Dungun namun dinasihatkan tidak berbuat demikian bagi mengelak kekecohan.

Dalam pada itu, Azhar meluahkan rasa kesal apabila tidak bertindak sorokkan kunci kenderaan dan berharap pihak pengurusan UiTM membantunya bertemu keluarga penuntut terbabit untuk memohon maaf.

image is not available

Sumber: Harian Metro (Rosli Ilham)