Suami Zahnita tiba di mahkamah untuk pertuduhan

LocalEntertainment
5 Dec 2024 • 9:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Abd Zackery Ghouse (tengah) tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan pagi, Khamis bagi menghadapi pertuduhan berkaitan mendatangkan kecederaan dan kes dadah.

KUANTAN - Suami kepada peragawati dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson, tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan pagi Khamis bagi menghadapi pertuduhan berkaitan mendatangkan kecederaan dan kes dadah.

Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor, 46, dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat oleh pihak polis kira-kira jam 9.05 pagi.

Pertuduhan dijangka dilakukan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan kepada pasangannya.

Dia yang bekerja sebagai kontraktor binaan turut berdepan satu lagi pertuduhan berkaitan urin positif dadah di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes tersebut mendapat perhatian ramai selepas Zahnita Wilson memuat naik gambar menunjukkan kesan lebam di bahagian mata di akaun media sosialnya.

Pelakon filem Kuliah Cinta turut mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Pada Selasa lalu, suami kepada selebriti berdarah kacukan Melayu dan Australia tersebut telah direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Proses reman dilakukan di Mahkamah Majistret Kuantan dan perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Wakil media berkumpul di mahkamah untuk mengikuti perkembangan kes ini.

Zahnita memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013 tetapi menariknya semula, awal tahun 2015.

Pasangan itu berkahwin pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden.

Habis#

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved