Suami Zahnita Wilson didakwa hari ini

LocalEntertainment
5 Dec 2024 • 8:22 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Suami kepada pelakon Zahnita Wilson akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas pertuduhan berkaitan dengan keganasan rumah tangga.

Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Dalam pada itu, Ketua Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan suspek juga berdepan dengan pertuduhan tambahan berkaitan kes urin positif narkotik.

Sebelum ini, Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman mengeluarkan perintah reman terhadap suami Zahnita selama tiga hari selepas ditahan pihak polis, Isnin lalu.

Terdahulu, hantaran Zahnita di Instagram mengejutkan ramai apabila berkongsikan gambar mata lebam dan menjawab persoalan netizen mengapa beliau selalu berkaca mata hitam.

Susulan hantaran berkenaan juga, netizen dan juga selebriti tidak putus-putus memberikan sokongan dan semangat kepada beliau.

Zahnita juga dilihat telah memadam kesemua gambar dan video di Instagram dan hanya meninggalkan satu video menzahirkan penghargaan buat mereka yang menyokongnya.

Sumber: Harian Metro