“Suara Asal Macam Katak Sumbang” – Bakal Kolaborasi Bersama Caprice, Ramai Minta Aliff Syukri Berhenti Menyanyi

Music
10 Nov 2022 • 2:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini penyanyi rap, Caprice pernah menyatakan hasrat bahawa dia mahu berkolaborasi bersama usahawan kontroversi Aliff Syukri selepas melihat kejayaan penyanyi rap dari Singapura Alyph bersama Dato’ Seri Vida dengan lagu Swipe.

Kali ini, Aliff Syukri mengesahkan kolaborasinya bersama penyanyi rap itu apabila memuat naik satu video bersama di akaun Instagram.

Dalam video tersebut, dapat dilihat Aliff sedang menyanyi di dalam konti di sebuah studio rakaman bersama Caprice.

Aliff Syukri juga menulis di ruangan kapsyen meminta pendapat netizen tentang nyanyiannya.

Komen jujur please, suara saya merdukan..”

Walau bagaimanapun, kolaborasi antara usahawan itu dan Caprice tidak disambut baik oleh warganet kerana ramai menganggap Aliff Syukri tiada bakat dalam nyanyian.

“Kalau komen jujur pun bukan Dato’ nak dengar…Suara Dato’ tak sedap!” kata seorang netizen.

“Tak sedap. Faham Bahasa Melayu tak? Tak sedap langsung!” ujar seorang lagi warganet.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sebelum ini, Aliff Syukri pernah mendakwa dirinya merupakan penyanyi nombor 1 Malaysia selepas lagunya bersama Baby Shima trending di platform YouTube.

image is not available 3 bulan lalu

"Sampai Hati Panggil Saya Hamlau" - Aliff Syukri Harap Diterima Datuk Awie Dalam Industri Muzik