
Pasangan suami isteri K.Kaartik dan N.Rekka tidak pernah menjangka klip video berbahasa Tamil tentang kehidupan seharian masyarakat negara ini, khususnya golongan B40, yang dihasilkan mereka berjaya memikat hati pelbagai kaum.
Mempunyai lebih 400,000 pengikut di media sosial, merangkumi 230,000 di TikTok dan 110,000 rakan Facebook menerusi akaun “Kaartik RK”, gelagat lucu dan bersahaja pasangan ini dalam menyampaikan mesej antara daya penarik yang mengangkat mereka sebagai pempengaruh media sosial.
