“Suara Dia..” – Lee Soohyuk Jadi Perbualan Gara-Gara Babak ‘Panas’ Dalam K-Drama Bertemakan Sek*

EntertainmentLifestyle
14 Jul 2025 • 10:49 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Lee Soo-hyuk mencetuskan reaksi hangat susulan babak seksi yang tidak dijangka dalam drama terbaru lakonannya.

Lee Soo-hyuk kini membintangi watak utama lelaki dalam drama terbaru Wavve bertajuk “S-Line”, yang mula ditayangkan secara rasmi pada 11 Julai (waktu Korea).

Berdasarkan webtoon, siri ini mengisahkan empat watak utama, detektif Ji-wook (Lee Soo-hyuk), guru kelas Gyu-jin (Lee Da-hee), Hyun-heup (Arin Oh My Girl), dan Sun-ah (Lee Eun-saem). Dalam dunia cerita ini, terdapat individu yang boleh melihat garisan merah di atas kepala orang lain yang merupakan tanda hubungan seksual antara mereka dan ini mencetuskan pelbagai konflik serta drama.

Drama ini memulakan tayangan dengan adegan pembukaan yang mengejutkan, memaparkan Lee Soo-hyuk sedang berasmara dengan rakan sekerja yang bakal berkahwin.

Adegan provokatif itu segera menarik perhatian ramai di media sosial. Ramai netizen menyatakan terkejut tetapi teruja dengan arah cerita yang tidak dijangka, malah ada yang terus berminat untuk menonton drama tersebut selepas melihat klip babak itu.

“S-Line” mempunyai enam episod kesemuanya dan boleh ditonton di platform OTT, Wavve.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.