Suara rakyat amanah besar! Terajui Sabah, PM Anwar ucap tahniah kepada Hajiji

LocalPolitics
30 Nov 2025 • 12:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor atas mandat baharu untuk menerajui pembentukan Kerajaan Negeri.

Dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook, beliau menegaskan bahawa Kerajaan MADANI menghormati mesej jelas yang diluahkan pengundi Sabah, yang mahukan perubahan setelah sekian lama berdepan ketidakadilan serta pengabaian oleh pelbagai pihak politik.

PM Anwar ucap tahniah kepada Hajiji

image is not available

Menurut Anwar, kerajaan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini telah menumpukan usaha menyelesaikan isu berbangkit berkaitan tuntutan serta hak Sabah, termasuk perkara yang menyentuh Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

image is not available

“Alhamdulillah, dalam tiga tahun yang lalu, kami berusaha merungkai setiap isu yang diwarisi, termasuk soal tuntutan dan hak yang menyentuh kepentingan Sabah.
“Dalam tempoh singkat ini, beberapa kemajuan yang nyata telah dicapai berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
image is not available

Kredit Foto: BERNAMA

Artikel lain: “Terima kasih atas mandat..”- Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah, janji majukan negeri

Beliau menegaskan bahawa kerajaan MADANI akan kekal konsisten pada landasan pembaharuan bagi memastikan Sabah menikmati pembangunan yang lebih adil, saksama dan tidak lagi dipinggirkan.

“Suara rakyat Sabah adalah amanah yang mesti kita junjung dengan sikap pertanggungjawaban yang tinggi,” katanya.

Sumber: FB Anwar Ibrahim