Suara sengau tak semestinya selsema.
Kadang-kadang kita dengar anak atau orang dewasa bercakap dengan suara sengau, terus kita anggap hidung tengah tersumbat. Padahal tak semua suara sengau datang daripada selesema.
Kalau sengau sebab hidung tersumbat, suara biasanya kedengaran bindeng. Bunyi macam m, n dan ng jadi tak jelas sebab laluan hidung tersekat. Ini yang biasa berlaku bila seseorang demam, selesema, resdung jadi teruk, atau hidung memang tengah penuh lendir.
Tapi ada juga suara sengau yang bukan sebab selsema. Ada keadaan di mana bunyi dan udara semasa bercakap masuk terlalu banyak ke rongga hidung. Akibatnya, suara jadi terlalu sengau dan percakapan boleh jadi kurang jelas. Kadang-kadang semasa sebut huruf seperti p, b, t atau s, udara pun seolah-olah terlepas ikut hidung.
Bezanya mudah.
Kalau selsema, suara sengau itu biasanya datang sekali dengan hidung tersumbat dan akan berubah bila hidung kembali lega.
Tapi kalau gangguan resonance, suara itu selalunya berpanjangan, lebih konsisten, dan orang sekeliling selalu susah faham apa yang dia cuba sebut.
Jadi jangan cepat anggap semua suara sengau itu perkara biasa. Kadang-kadang yang orang nampak macam lucu atau comel itu sebenarnya tanda seseorang sedang bergelut untuk bercakap dengan jelas.
Kalau suara sengau berlarutan, sebutan susah difahami, atau ada bunyi angin keluar ikut hidung semasa bercakap, elok dapatkan penilaian lanjut.
Bukan semua yang sengau itu selsema.
Kadang-kadang, itu isyarat yang patut kita ambil serius.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
