Suarez Digantung Enam Perlawanan, Ludah Staf Seattle 

FootballSports
6 Sep 2025 • 9:39 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Suarez Digantung Enam Perlawanan, Ludah Staf Seattle

Penyerang Inter Miami, Luis Suárez, digantung enam perlawanan oleh Jawatankuasa Penganjur Leagues Cup selepas bertindak meludah ke arah seorang kakitangan Seattle Sounders sejurus tamat perlawanan akhir Leagues Cup pada Ahad lalu, lapor ESPN.

Dalam perlawanan tersebut, Seattle Sounders menewaskan Miami dengan keputusan 3-0 sebelum berlaku pergaduhan selepas wisel penamat.

Insiden itu menyaksikan Suárez dilihat bertindak meludah ke arah kakitangan pasukan lawan meskipun cuba ditahan oleh rakan sepasukan dan jurulatih.

Dalam kekecohan itu, Sergio Busquets, pemain tengah Miami, turut menumbuk pemain Seattle, Obed Vargas, manakala Tomás Avilés, pertahanan Miami, juga terlibat dalam kelakuan agresif.

https://x.com/alexrparra/status/1962349298009461188?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1962349298009461188%7Ctwgr%5E632b537a9c8b86208296b8583ad6b949d11d694f%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fstadiumastro.com%2Fbola-sepak%2Fberang-tewas-di-final-bekas-penyerang-liverpool-ludah-jurulatih-pasukan-lawan-294606

Susulan insiden itu, Busquets dikenakan penggantungan dua perlawanan, manakala Avilés digantung tiga perlawanan kerana terlibat dalam tindakan ganas.

Selain itu, jawatankuasa turut mengenakan lima perlawanan penggantungan terhadap kakitangan kejurulatihan Seattle Sounders, Steven Lenhart, kerana melanggar Artikel 4.2.C Peraturan Pertandingan Leagues Cup 2025.

“Selaras dengan peraturan Leagues Cup, kesemua empat individu yang dikenakan tindakan disiplin ini juga akan dikenakan denda. Semua penggantungan ini mesti dilaksanakan dalam edisi Leagues Cup yang seterusnya sehingga selesai sepenuhnya,” maklum kenyataan itu.

Jawatankuasa itu turut memaklumkan bahawa Major League Soccer (MLS) berhak mengambil tindakan disiplin tambahan terhadap pemain dan kakitangan kejurulatihan yang terlibat.

Bagaimanapun, MLS belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai hukuman tambahan setakat ini.

Dalam pada itu, Suárez tampil membuat permohonan maaf melalui akaun media sosialnya selepas insiden itu.

“Ketika itu, suasana penuh tegang dan kecewa, di mana selepas perlawanan tamat berlaku perkara yang tidak sepatutnya.

“Saya mengaku bersalah dan memohon maaf dengan ikhlas. Ini bukanlah imej yang saya mahu tunjukkan di hadapan keluarga saya, kelab saya, dan semua pihak yang terkesan akibat kesilapan saya,” luahnya.

Sumber: ESPN

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved