Suasana Cemas, Babi Hutan ‘Serbu’ Gerai Teh Hingga Cederakan Seorang Penduduk

WorldEnvironment
6 Aug 2026 • 4:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Suasana Cemas, Babi Hutan ‘Serbu’ Gerai Teh Hingga Cederakan Seorang Penduduk

Suasana Cemas, Babi Hutan ‘Serbu’ Gerai Teh Hingga Cederakan Seorang Penduduk

Suasana tenang di sebuah gerai teh di Ambadi, daerah Bhandara, Maharashtra bertukar cemas apabila seekor babi hutan tiba-tiba menyerang sekumpulan penduduk yang sedang berkumpul di lokasi berkenaan.

Kejadian yang berlaku pada 31 Julai itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan menunjukkan haiwan berkenaan meluru laju ke arah orang ramai sehingga mencetuskan panik.

Menerusi rakaman tular itu, beberapa penduduk dilihat bertempiaran menyelamatkan diri apabila babi hutan tersebut memasuki kawasan gerai teh terbabit.

Dalam kekecohan itu, seorang lelaki gagal melarikan diri dan terjatuh sebelum diserang beberapa kali oleh haiwan berkenaan.

Mangsa mengalami kecederaan akibat serangan tersebut, manakala babi hutan berkenaan kemudiannya melarikan diri dari lokasi kejadian.

Insiden itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk susulan peningkatan laporan haiwan liar memasuki kawasan penempatan manusia di beberapa kawasan luar bandar Maharashtra.

Baca juga:

Sementara itu, Menteri Hasil Maharashtra, Chandrashekhar Bawankule memberi amaran tegas kepada pegawai jabatan perhutanan supaya tidak mengambil mudah isu serangan haiwan liar yang semakin meningkat di negeri itu.

Beliau berkata, sebarang kecuaian dalam menangani kes berkenaan akan menyebabkan pegawai terbabit dipertanggungjawabkan secara langsung.

Amaran itu dibuat selepas mesyuarat tergempar di Mantralaya yang dipengerusikan Menteri Perhutanan, Ganesh Naik.

Bawankule melahirkan rasa tidak puas hati terhadap dakwaan kelewatan tindakan pihak berkuasa walaupun arahan telah diberikan berulang kali serta peruntukan kewangan melalui Jawatankuasa Perancangan Daerah telah tersedia.

"Jika kekurangan dana menjadi masalah, penyelesaian akan dibuat segera. Namun, sikap tidak serius dalam menangani perkara ini tidak boleh diterima," katanya.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Negara, Ashish Jaiswal; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Parinay Fuke serta pegawai kanan kerajaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved