Suasana Tenang Sambil Menikmati Nasi Lemak, Jom Sarapan Di Peanuts Anchovies Di Kuching

8 Aug 2022 • 4:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nasi lemak semestinya pilihan kegemaran di negara kita.

Suasana Tenang Sambil Menikmati Nasi Lemak, Jom Sarapan Di Peanuts Anchovies Di Kuching. Memang tidak dinafikan bahawa nasi lemak semestinya makanan yang digemari oleh ramai penduduk di serata Malaysia.

Pendek cerita, nasi lemak adalah makanan kebangsaan yang dinikmati oleh setiap penduduk tidak kira di mana mereka berada. Bagi anda yang ingin mencuba nasi lemak dengan pelbagai lauk tambahan yang menarik, anda boleh ke Peanuts Anchovies yang terletak di Jalan Tun Jugah, Kuching.

image is not available
Suasana Tenang Sambil Menikmati Nasi Lemak, Jom Sarapan Di Peanuts Anchovies Di Kuching. Sumber gambar: FB Peanuts Anchovies Nasi Lemak

Portion boleh tahan besar, makanan pun sedap! Sangat berbaloi youuu image is not available

Mungkin ramai tak tahu keistimewaan restoran Peanuts Anchovies ini. Untuk pengetahuan anda, nasi lemak di sini dihidangkan dalam portion yang besar. Sangat berbaloi dengan harganya. Rasanya juga enak!

Apa juga yang menariknya di sini? Haa selain nasi lemaknya yang enak, anda juga boleh dapatkan pelbagai hidangan dan lauk pauk untuk anda sarapan di sini. Antaranya Buttermilk sotong, ayam berempah, kari ayam dan banyak lagi!

image is not available
Sumber gambar: FB Peanuts Anchovies Nasi Lemak

Jom la sarapan dengan makan tengahari di sini

Tidak hanya itu, suasana di Peanuts Anchovies ini juga santai dan tenang. Sesuai untuk anda yang ingin bersarapan bersama keluarga yang tersayang. Apa tunggu lagi? Jom ajak keluarga anda atau kawan-kawan anda untuk sarapan atau makan tengahari di sini!

Lokasi: Ground Floor, Lot 428, Sublot 11, Jalan Tun Jugah 93350 Kuching
Waktu beroperasi: 8.00 pagi- 6.30 petang (Setiap hari kecuali ISNIN)

image is not available
Suasana Tenang Sambil Menikmati Nasi Lemak, Jom Sarapan Di Peanuts Anchovies Di Kuching. Sumber gambar: FB Peanuts Anchovies Nasi Lemak

Tahukah anda, terdapat kafe tersembunyi di Tabuan, Kuching? Bagi anda yang penggemar manisan, anda wajib ke Roots & Bliss! Baca artikel di bawah: