Subsidi Bersasar RON 95 Dilaksana Hujung Bulan Ini, Pastikan Cip MyKad Berfungsi

LocalPolitics
19 Sep 2025 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Cip kad pengenalan (MyKad) rosak? Anda dinasihatkan segera menggantikan cip kad pengenalan yang baharu. Ini kerana subsidi bersasar RON95 akan dilaksanakan mulai hujung bulan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang ramai segera memeriksa dan menggantikan cip kad pengenalan (MyKad) yang rosak.

Pelaksanaan subsidi itu memerlukan pengesahan identiti menggunakan MyKad ketika proses mengisi minyak di stesen.

image is not available

"Harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar ini. Satu perkara penting rakyat Malaysia kena buat ialah periksa MyKad anda dan pastikan cip berfungsi dan elok.

"Kalau cip rosak atau tidak boleh dibaca, jangan risau, boleh terus ke mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara. Insya-Allah, siap hari yang sama. Jangan tunggu saat akhir, buat semakan awal supaya rakan-rakan dapat manfaatkan subsidi petrol khas untuk rakyat Malaysia ini," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.