Tular Peranti Guna MyKad, Untuk Tentu Kelayakan Dapat Subsidi RON95?

LocalPolitics
19 Sep 2025 • 11:01 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Tular Peranti Guna MyKad, Untuk Tentu Kelayakan Dapat Subsidi RON95?

Tular sebuah video memaparkan satu peranti yang didakwa akan digunakan untuk melaksanakan sistem subsidi bersasar petrol RON95 pada hujung bulan ini sehingga mencuri perhatian orang ramai.

Mesin subsidi RON95 imbas MyKad tentu kelayakan

image is not available

Perkara itu tulas menerusi perkongsian di Facebook Eric See To-Lim Sian See yang memuat naik video rakaman berdurasi seminit 13 saat sesi latihan oleh pihak pembekal kepada pengendali stesen minyak mengenai cara mengendalikan mesin berkenaan.

Berdasarkan perkongsian itu, mesin tersebut berfungsi mengimbas MyKad bagi menetukan sama ada pengguna layak menikmati harga subsidi.

image is not available

Sekiranya layak, skrin akan memaparkan warna baru, jika kuota subsidi sudah digunakan sepenuhnya, ia bertukar merah, manakala paparan ralat akan muncul untuk individu yang tidak layak.

Selain fungsi semakan, peranti itu juga membolehkan operator merekod pesanan berdasarkan pam yang digunakan, mengesahkan jumlah isian dan mengeluarkan resit untuk tujuan pembayaran serta rujukan.

Kerajaan sebelum ini memaklumkan subsidi petro RON95 secara bersasar dengan harga disasarkan RM1.99 seliter bagi pengguna yang layak, manakala mereka yang tidak layak perlu membayar harga pasaran penuh mengikut sistem dua peringkat.

image is not available

Difahamkan, pengunaan MyKad sebagai pengesahan utama akan mula dilaksanakan selepas proses latihan dan pemasangan peralatan di stesen minyak di seluruh negara selesai.

Sumber: Facebook @Eric See To-Lim Sian See