Subsidi Petrol RON95 Tidak Terhad MyKad Sahaja, Pelbagai Mekanisme Disediakan – Armizan

LocalPolitics
21 Sep 2025 • 6:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerajaan memberi jaminan pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 tidak hanya bergantung kepada penggunaan MyKad semata-mata, sebaliknya akan ditawarkan melalui beberapa kaedah lain bagi memudahkan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pengguna tidak perlu bimbang sekiranya menghadapi kesukaran membeli petrol bersubsidi dengan MyKad kerana alternatif lain turut disediakan.

“Selain MyKad, pembelian juga boleh dilakukan melalui aplikasi yang disediakan syarikat minyak seperti Setel atau Shell App. Kaedah ini lebih cepat dan praktikal untuk orang ramai.

“Pengguna turut boleh menggunakan terminal pembayaran sama ada di luar atau di dalam stesen minyak bagi menikmati subsidi tersebut. Jadi, jangan khuatir kerana MyKad bukanlah satu-satunya cara,” katanya, lapor Sinar Harian.

image is not available
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali

Beliau menegaskan, meskipun kesemua kaedah itu tetap disandarkan kepada data kelayakan MyKad, pembelian petrol bersubsidi tidak akan terikat dengan satu mekanisme sahaja.

Terdahulu, Armizan menghadiri Konvensyen Mahasiswa Sabah yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, dengan penyertaan mahasiswa dari seluruh negeri.

Menurutnya, kerajaan sudah melakukan persiapan rapi sejak awal tahun bagi memastikan pelaksanaan penyasaran subsidi berjalan lancar, sekali gus tidak membebankan rakyat.

“Kita mahu pastikan rakyat tidak terkesan dengan pelaksanaan ini, malah tuduhan seperti perlu beratur panjang di stesen minyak juga tidak akan timbul,” katanya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.