Subsidi RON95 Diteruskan Atau Tidak, Ini Jawapan PM

LocalPolitics
17 Jun 2025 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, kerajaan akan meneruskan rancangan untuk rasionalisasi subsidi RON95 dalam tempoh terdekat ini. Perkara itu ditegaskan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Energy Asia 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, (KLCC) semalam.

Bagaimanapun, beliau mengulangi rancangan itu tidak akan menjejaskan sebahagian besar rakyat.Lagipun, berikutan peningkatan harga minyak ketara susulan konflik Israel-Iran di rantau Asia Barat, timbul cadangan sekarang masa tepat untuk melaksanakan subsidi bersasar.

image is not available

Gambar: Bernama.

Menurutnya, terdapat banyak kempen negatif mengenai RON95 dan menjelaskan apa yang dikatakan oleh pembangkang hanyalah gimik yang menunjukkan bahawa rakyat sedang mengalami kesusahan.

"Sama ada kita akan melaksanakannya (subsidi bersasar RON95)? Ya...kita akan melakukannya, kerana rasionalisasi subsidi adalah sesuatu yang kritikal untuk negara kita.

"Kita mahu mempunyai sumber yang mencukupi untuk membantu golongan miskin, untuk meningkatkan kualiti pendidikan, memberikan perkhidmatan awam yang lebih baik termasuk kesihatan," ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada kerajaan akan terus melaksanakan subsidi bersasar RON95 atau sebaliknya.i.Perkara itu ditegaskan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Energy Asia 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, (KLCC) semalam.

Bagaimanapun, beliau mengulangi rancangan itu tidak akan menjejaskan sebahagian besar rakyat.Lagipun, berikutan peningkatan harga minyak ketara susulan konflik Israel-Iran di rantau Asia Barat, timbul cadangan sekarang masa tepat untuk melaksanakan subsidi bersasar.

image is not available

Menurutnya, terdapat banyak kempen negatif mengenai RON95 dan menjelaskan apa yang dikatakan oleh pembangkang hanyalah gimik yang menunjukkan bahawa rakyat sedang mengalami kesusahan.

"Sama ada kita akan melaksanakannya (subsidi bersasar RON95)? Ya...kita akan melakukannya, kerana rasionalisasi subsidi adalah sesuatu yang kritikal untuk negara kita.

"Kita mahu mempunyai sumber yang mencukupi untuk membantu golongan miskin, untuk meningkatkan kualiti pendidikan, memberikan perkhidmatan awam yang lebih baik termasuk kesihatan," ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada kerajaan akan terus melaksanakan subsidi bersasar RON95 atau sebaliknya.